Produk Segar

TALAM SERI MUKA - Terdapat dalam pelbagai rasa..Seri muka & Seri Kaya

KUIH DONUT

KUIH CARA MANIS

KUIH CARA BERLAUK

KEK PANDAN CHIFFON

Resepi Kek Pandan Chiffon 
BAHAN BAHAN (18cm)
bahan A (diayak 3 kali)

150g tepung kek superfine (tepung gandum pon xpe)
1 sudu kecil baking soda

BAHAN B
4 biji kuning telur
70g gula kastor
secubit garam

BAHAN C
85ml minyak jagung
115ml jus pandan
1 1/2 sudu kecil perasa pandan
1 sudu kecil warna hijau -
110ml susu segar / santan

BAHAN D
4 biji putih telur
70g gula halus
1/2 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil jus lemon

CARA CARA
Panaskan oven 170c.

1.Didalam mangkuk besar, putarkan bahan B sehingga kembang. Kemudian, masukkan minyak dan teruskan putar sehingga sebati dan kembang.

2. Masukkan perasa pandan, warna hijau dan susu segar. Putar sehingga sebati.

3. Gunakan spatula, masukkan bahan A sedikit demi sedikit. Kacau dengan kaedah kaup balik. Kacau sebati. Jangan terlalu lama mengacau.

4. Untuk bahan D, gunakan mangkuk lain yang bersih. Putarkan putih telur dengan kelajuan maksima sehingga berbuih. Masukkan jus lemon dan putarkan. Kemudian, masukkan gula dan putar sehingga kembang dan kental (soft peak). Kalau terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.

5. Masukkan separuh adunan putih telur kedalam adunan pandan tadi. Gunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.

6. Kemudian, masukkan adunan (5) tadi kedalam separuh lagi adunan putih. Dengan kaedah yang sama, kacau sehingga sebati.

7. Masukkan kedalam loyang dan bakar sehingga 40-45 minit.

8. Sejukkan dengan kaedah menelangkupkan loyang chiffon supaya kek tak mendap kot. Setelah itu, bolehlah dihidang.


SELAMAT MENCUBA...


No comments:

Post a Comment